Permasalahan Syi`ah dan Arbainnya
10 Muharram 61H menyaksikan syahidnya Imam Husain r.a. Sungguh ianya musibah yang besar bagi umat ini, walau bagaimanapun kita dilarang meratapi pemergiannya sebagai syuhada` dengan ratapan-ratapan jahiliyyah, dengan merobek-robek pakaian, dengan memukul-mukul dada dan sebagainya seumpama perlakuan puak Syiah.
Jikalaulah segala amalan jahiliyyah itu dibenarkan Islam, maka sewajarnya kita melalak melolong meratap pemergian Imam Ali r.a. yang juga dibunuh, tentunya baginda lebih utama daripada anakandanya Imam Husain. Atau kita meratapkan pemergian semulia-mulia kejadian, Junjungan Nabi s.a.w. Allahu ... Allah, pelik sungguh perbuatan puak-puak ni.
Seperkara lagi yang kita perlu ketahui ialah keberaniannya Imam Husain dalam menegakkan kebenaran sehingga sanggup menghadapi maut. Tidaklah baginda mengamalkan taqiyyah kepura-puraan yang jadi dasar ajaran Syiah. Juga perlu diingat bahawa para sahabat Junjungan Nabi bersih dari darahnya Imam Husain r.a. Maka kenapa pula mereka dijadikan sasaran kebencian dan cemohan. Sungguh kecintaan kepada ahli bait tidak dapat bersama dengan kebencian kepada para sahabat. Cintakan ahli bait bererti kita kena turut mencintai para sahabat. Inilah pesanan Imam Ali r.a.:
لا يجتمع حبي و بغض ابي بكر و عمر
Tidak akan berhimpun kecintaan kepadaku dan kebencian kepada Abu Bakar dan 'Umar.Maka orang yang mengakui cintakan ahli bait, cintakan Imam Husain, cintakan Imam 'Ali, sedangkan dalam masa yang sama membenci Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina 'Umar dan sahabat yang lain, kecintaannya itu adalah palsu. Justru kecintaan kepada ahli bait Junjungan dan para sahabat baginda adalah daripada keimanan, bahkan menjadi perkara pokok dan asas dalam Islam sebagaimana dinyatakan dalam satu hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu an-Najjar dalam tarikhnya di mana Imam Hasan r.a. menyatakan bahawa Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:-
لكل شيء اساس و اساس الإسلام حب اصحاب رسول الله صلى الله عليه و سلم و حب اهل بيته"Setiap sesuatu itu ada asasnya, dan asas Islam adalah kecintaan kepada sahabat-sahabat Rasululah s.a.w. dan kecintaan kepada ahli bait baginda."Allahu ... Allah, maka di manakah dasar dan asas bagi Islamnya seseorang yang hatinya membenci para sahabat dan ahli keluarga Junjungan.Cintakan sahabat dan ahlul baitnya JunjunganItulah asas bagi keshohihan imanMoga dengannya tetap teguh pendirianDi dunia menjalani titah agama pilihanTabah sabar menghadapi segala ujianDi akhirat tatkala meniti titianBeroleh kejayaan menuju jinaanMeraih redhanya TuhanSebagaimana dinyatakan dalam hadits JunjunganDailami muhaddits meriwayatkanImam 'Ali mengkhabarkanPaling teguh perdirian antara kamu atas titianYang kasihnya kepada ahli bait dan sahabat bersangatanMaka selamatlah dia dari tergelincir ke niiraan.
اثبتكم على الصراط اشدكم حبا لأهل بيتي و اصحاب